Ahad, 19 Januari 2020

APAKAH DASAR KEBANGSAAN (nasionalis : watan) PERJUANGAN UMNO SEKULAR?


Menghuraikan persoalan ini, perlu terlebih dahulu difahami dgn benar apakah dia sekular (Secularisme) itu.
Adalah penting diberi perhatian bahawa setiap istilah yg dipakai dalam membicarakan tajuk ini, diberi makna yg tersendiri berlainan dari maknanya menurut pergertian biasa. Umpama apabila kita mengatakan: Secular - Agama dipisahkan daripada politik. '' Maka '' agama '' di sini merujuk kepada I"ttiqad Kristian (اعتقاد النصارا) sahaja.

UNTUK mendapat gambaran yg jelas mengenai fahaman dan amalan sekular ini, kita perlu menyoroti kembali sejarah serta latar belakang kelahirannya di dunia Barat yg berI'ttiqad (yakin qalbu) Kristian (i'ttiqad trinity : النصارا).

Hanya dgn pemindahan makna langsung dari dictionary dalam bahasa kita, tidak akan dapat memberi gambaran yg sebenar tentang tajuk yg dibincangkan ini.

Ajaran kristian seperti yg terdapat dalam kitab-kitab Injil yg ada di tangan orang-orang Kristian hari, hanyalah memberi penekanan kepada hal-hal yg berkaitan dgn peningkatan kerohanian, kehidupan akhirat, menyebarkan sifat-sifat kasih sayang, berlapang dada [ tasamuh ] dan menolak kekerasan hatta terhadap mereka yg melakukan kekerasan terhadap penganut kristian, menganjurkan kehidupan zuhud dgn mengenepikan kepentingan jasmani termasok biologist (perkahwinan) dan kebendaan. Tidak terdapat dalam kitab-kitab Injil ajaran-ajaran tentang pembinaan ilmu dan tamadun, peraturan yg berkaitan dgn politik, sosial dan sebagainya. 

Ini dia bentuk ajaran kristian yg disebarkan di kalangan masyarakat Eropah sejak diisyhtiharkan sebagai agama rasmi negara oleh maharaja Rom, Constantine dalam tahun 324 Masihi. Bertolak daripada ajaran di atas, hubungan pihak berkuasa gereja dengan kerajaan dan masyarakat diasaskan kepad a teori '' Dua Pedang '' [ teory of two sword ],

Sekular dari perkataan Latin " saequlum " yg membawa makna '' masa sekarang '' dan '' duniawi '', seperti yg disebut oleh Syed Muhammad An Naqib Al Attas: '' The concept secular refers to the condition of the word at this particular time or period or age'' [ Islam and Sucularism ]  iaitu pedang kerohanian yg diwakili oleh kuasa gereja dan pedang keduniaan yg diwakili oleh kuasa pemerintahan awam.

Kemudia berlaku perkembangan di mana institusi gereja melampaui peranan hakikinya dgn turut merangkul dan meletakan di bawah cengkamannya kuasa pemerintahan serta segenap aspek kehidupan awam.

Keadaan ini lah yg berlaku disebabkan empayar Rom berpecah dan menjadi lemah. Bermula dari sini, kehidupan masyarakat Eropah mengalami zaman kemunduran, jumud serta penindasan oleh kaum gereja terhadap rakyat dan juga raja yang dikenali dengan zaman kegelapan atau Dark Age.

Risalah kerohanian yg sepatutnya menjadi keutamaan kaum gereja bertukar kepada kerakusan mengumpulkan harta benda dgn mengenakan berbagai-bagai cukai yg membebankan rakyat dan menjual sijil-sijil pengampunan. Dengan kekayaan yang melimpah ruah, institusi gereja telak bertukar menjadi pusat keruntuhan akhlak, setanding dgn pusat-pusat yg bersifat keduniaan, bahkan kadang-kadang mengatasinya dalam melakukan persundalam dan maksiat.'' [ An Nadawi, Maza Khasira Al A'lam ] 

Menurut gambaran rahib Jarum: '' Kehidupan para paderi kemewahan mereka mengalahkan kemewahan yang dinikmati para raja dan golongan hartawan. Akhlak golongan pope telah rosak dgn begitu teruk sekali. Kerakusan dan ketamakan kepada harta menguasai diri mereka, hingga ke peringkat menjadikan pangkat dan jawatan dalam institusi gereja seperti barangan jual beli. Mereka menjual tanah syurga dgn menggalakkan orang ramai membeli kad serta sijil pengampunan yg boleh menghapuskan dosa pada masa dan akan datang...'' [ Con-flict of Religion and Science ]

Lebih malang lagi, khususnya dalam kontek perkembangan ilmu pengetahuan, penyelidikan ilmiah serta kebebasan berfikir, apabila kaum gereja telah menyeludupkan ke dalam kitab-kitab agama mereka pandangan-padangan tetang alam tabi;i yang wujud pada masa itu dan dijadikan sebagai akidah agama. Misalnya pendapat yg diketenggahkan oleh Aristotle, seorang ahli falsafah Greek bahawa bumi adalah pusat peredaran segala cakerawala, telah dijadikan pegang agama oleh kaum gereja.

Namun penemuan baru dalam didang astronomi yg dikemukakan oleh Nicolaus Copernicus [ 1473-1543 ] menunjukkan bahawa bumi bukanlah paksi utama pergerakan cekerawala, sebaliknya ia hanyalah satu daripada cakerawala-cakerawala lain yg beredar berpaksikan matahari. 

Maka ekoran daripada perkembangan ini, kesahihan faktar sain dalam kitab suci agama Kristian mula dicabar satu demi satu dgn setiap penemuan baru dalam bidang sains, dan kewibawaan gereja juga turut sama tercabar. Maka berlakulah pertentangan antara ahli fikir dan kaum gereja.

Berasas latar belakan ini juga, adalah penting diberi perhatian... Daripada sejarah latar belakang kelahiran fahaman sekular serti yg dipaparkan itu adalah nyata bahawa sekular tidak ada kena mengena dgn Islam, seperti yg ditegaskan oleh Syed Muhammad An Naqib Al Attas: Islam totally rejects any application to itself of the concepts secular, or secularization, or secularism as they and belong and alien to it in every respect and they belong.\, and are natural only to the intellectual history of Western Christion religious experience and conciousness. [ Islam and Secularism], adalah penting diberi perhatian bahawa setiap istilah yg dipakai dalam membicarakan tajuk ini, diberi makna yg tersendiri berlainan dari maknanya menurut pergertian biasa. Umpama apabila kita mengatakan: Agama dipisahkan daripada politik. '' Maka '' agama '' di sini merujuk kepada Kristian (اعتقاد النصارا) sahaja.

Malah perkataan '' Kristian '' itu sendiri bukanlah bermakna ajaran-ajaran yg terdapat dalam kitab-kitab Injil, tetapi ia lebih kepada fikiran-fikiran dan pandangan kaum gereja yang jumud serta peraturan-peraturan dan kepercayaan yg direka oleh mereka dgn tujuan untuk menguasai manusia yg diberi pakaian I'ttiqad (عتقااد - yakin qalbu) [ Kristian ].'' Jadi dalam kontek ini, apabila dikatakan; '' Pertentangan antara agama dan sains'', ia bermakna: '' Pertentangan antara kaum gereja dgn segala ajaran yg direka oleh mereka dan sains.''

Seperkara lagi yg perlu diberi perhatian dalam kita membicarakan tajuk sekular ini ialah: Dari aspek kemanusiaan, proses sekularisasi yg berlaku dalam masyaralkat Barat-Kristian adalah satu keperluan bagi menyelamatkan manusia di Barat dari kesengsaraan, penindasan dan berterusan berada dalam zaman kegelapan [ Dark Age ].

Dari segi Dakwah Islamiyah pula, umat Islam lebih selamat dan lebih bebas mengamalkan ajaran Islam, malah menyebarkan Dakwah i'ttiqad Islamiyah di kalangan masyarakat Eropah ketika berada di bawah pemerintahan sekular setelah fahaman Salibiah yg diamalkan oleh kaum gereja dapat disisihkan. Telah disebutkan sebelum ini bahawa pada zaman kekuasaan gereja, perbezaan agama tidak dibenarkan sama sekali, malah perbezaan mazhab juga dilarang.

Setelah seluruh kerajaan Islam Andalusia jatuh ke tangan tentera Salib dgn penyerahan Granada, negeri Islam terakhir oleh Sultan Abu Abdullah kepada pasangan raja Kristian Ferdinand dan Isabela pada 2hb januari 1492, bermulalah gerakan penghapuskan Islam dari bumi Andalusia.

Pihak gereja tidak membenarkan sama sekali I'ttiqad yg lain selain daripada Katolik berada di bumi Sepanyol. Orang-org Islam yg enggan keluar dari Sepanyol dipaksa menganut I'ttiqad Kristian (النصارا) Yang enggan bertukar I'ttiqad dibunuh dgn cara yg amat kejam iaitu dibakar hidup-hidup.

Pihak pemerintah menubuhkan Mahkamah Penyiasatan [ Inqisition ] bagi memburu mereka yg berpura-pura menganut I'ttiqad Kristian tetapi mengamalkan Islam secara sulit. Pemburuan dan penyembelihan terhadap umat Islam ini beterusan hingga lebih dua abad lamanya. Kalau kita perhaluskan sejarah sekular ini kita menintiskan air mata.....

Menurut Dr.Ahmad Syalbi, dianggarkan lebih dari 300,000 orang telah dijatuhkan hukuman bakar oleh Mahkamah ini semenjak penubuhannya di Sepanyol [ Al Masihiyah ].

I'ttiqad Islam hanya dapat bertapak semula selepas lima abad kemudian, setelah gereja dipisahkan dari kuasa awam dan tertubuhnya kerajaan sekular yg mengamalkan demokrasi di Sepanyol dalam tahun 1975.

Kembali kepada perjuangan UMNO , adalah jelas seperti yg termaktub dalam Fasar 3, Ceraian 3.3 menyatakan bahawa tujuan penubuhan UMNO sebagai sebuah parti politik ialah untuk: '' Menengak, mempertahan dan mengembangkan I'ttiqad Islam (لا : اله : لله - اعتقاد الإسلام), Agama Tauhid (رب : احد : صمد - الدين) rasmi negara, sekarang ditukar Agama Tauhid (الدين) dan I'ttiqad (الإسلام) persekutuan, serta menghormati prinsip kebebasan beragama,'' Sedangkan sekular seperti yg diketahui adalah perjuangan membebaskan diri dari agama.

Pada hakikatnya, berasaskan faktar sejarah. UMNO lah yg mempelopori perjuangan menentang sekularisasi di tanahair kita. Maknanya apa yg katakan oleh golongan Syaitan bisu meleset sama sekali.

Rancangan Malaysia Union yang cuba dipaksakan oleh British ke atas Tanah Melayu, selain daripada ianya merupakan suatu bentuk penjajahan, ia juga adalah satu perancangan mensekularkan negara ini, kerana dalam rancangan Malaya Union seluruh kuasa negeri-negeri Melayu diletakkan dalam kuasa kerajaan Britain, yg tinggal pada orang Melayu hanyalah '' hal ehwal agama''. Agama '' menurut pengertian British ialah urusan ibadat dan kekeluarga sahaja. Dengan Kuasa Allah,  Orang-orang Melayu pada ketika itu, yg kemudiannya bersatu di bawah naugan UMNO , menyedari bahawa rancangan ini bercanggah dgn ajaran I'ttiqad Islam, kerana mereka memahami bahawa I'ttiqad Islam (الاءسلام) itu saling mewajibkan Agama Tauhid (الدين) dan kedaulatan, ibadat dan pemerintahan. 

Lalu UMNO ditubuhkan untuk menjadi wadah bagi perjuangan umat menentang Malaya Union dan menegakkan kedaualatan I'ttiqad Islam dgn membebaskan tanahair dari cengkaman penjajah British. Bukan Parti PAS. malah PAS bertindak sebaliknya kerana merasakan lebih Islam tanpa menyedari bahawa PAS telah diresapi oleh I'ttiqad Yahudi (اليهود) & Syiah (الشعاءيه) - Non Muslim.

Memandangkan hakikat inilah , maka penubuhan UMNO mendapat sokongan padu daripada para ULAMA' yg benar pada ketika itu. Beberapa wakil dan pemerhati ke Kongres Melayu 1946 yang melahirkan UMNO terdiri daripada kalangan ulama;

Antara mereka sekadar menyebutkan beberapa nama ialah:
1. Haji Husin CikDol [ Kesatuan Melayu Kedah ]
2. Haji Fadhullah Suhaimi [ Persatuan Persetiaan Melayu Kelantan ]
3. Sheikh Ahmad Sheikh Mustafa [ Persekutuan Melayu Negeri Sembilan ]
4. Haji Ismail Hamza- Mufti Perak [ Perikatan Melayu Perak ]
5. Sheikh Hamzah Mu'ti [ Persatuan Melayu Perak ]
6. Haji Mohd Nur Bakri [ Pembantu Indonesia Merdeka Se Melayu ]


Pada 28hb Mei,1946, satu perhimpunan terbesar orang-orang Melayu diadakan di Kuala Kangsar, Perak bagi menyatakan bantahan terhadap racangan Malaya Union. Perhimpunan ini dilahadiri oleh Raja-raja Melayu, Dato'Onn dan para pemimpin UMNO, dua orang Ahli Parlimen British, iaitu Kapten Gammans dan Lt. Col. Rees Williams, serta rakyat jelata dari seluruh pelusuk negeri Perak.

Dalam perhimpunan ini, Mufti Perak, Haji Ismail Hamzah telah membaca perisytiharan membantah Malaya Union. Antara isi kandungan perisytiharan itu tersebut berbunyi: '' Kami pohon menyatakan bahawa bagi membawa perkara ini di dalam lingkungan undang-undang kekuasaan negeri-negeri asing [ Foreign Juris-diction Act of 1890 ] itu adalah suatu langkah yg bertujuan melenyapkan kami dari alam politik. Kami telah oun dan masih mendakwa adalah kami berpemerintahan Sultan-sultan Islam Melayu yang merdeka '' [ Ibrahim Mahmood, Sejarah perjuangan Bangsa Melayu ]

Adalah jelas daripada petikan perisytiharan di atas, bahawa perjuangan UMNO ialah untuk mempertahankan kedaulatan Islam yang cuba disekularkan oleh British melalui rancangan Malaya Union. Cuma istilah sekular ini belum lagi dikenali di kalangan orang-orang Melayu pada waktu itu.

Dengan ini, nyatalah bahawa UMNO adalah pelopor dalam perjuangan menentang fahaman sekular di negara kita. Maka pendapat saya sesiapa menentan UMNO adalah haram @ dilarang hukumnya mengikut dalil-dali nas-nas dan sejarah ini.
///

Tiada ulasan:

Catat Ulasan