Menghuraikan persoalan ini, perlu terlebih dahulu difahami dgn benar apakah dia sekular (Secularisme) itu.
Adalah
penting diberi perhatian bahawa setiap istilah yg dipakai dalam
membicarakan tajuk ini, diberi makna yg tersendiri berlainan dari
maknanya menurut pergertian biasa. Umpama apabila kita mengatakan: Secular - Agama
dipisahkan daripada politik. '' Maka '' agama '' di sini merujuk kepada
I"ttiqad Kristian (اعتقاد النصارا) sahaja.
UNTUK
mendapat gambaran yg jelas mengenai fahaman dan amalan sekular ini,
kita perlu menyoroti kembali sejarah serta latar belakang kelahirannya
di dunia Barat yg berI'ttiqad (yakin qalbu) Kristian (i'ttiqad trinity : النصارا).
Hanya
dgn pemindahan makna langsung dari dictionary dalam bahasa kita, tidak
akan dapat memberi gambaran yg sebenar tentang tajuk yg dibincangkan
ini.
Ajaran
kristian seperti yg terdapat dalam kitab-kitab Injil yg ada di tangan
orang-orang Kristian hari, hanyalah memberi penekanan kepada hal-hal yg
berkaitan dgn peningkatan kerohanian, kehidupan akhirat, menyebarkan
sifat-sifat kasih sayang, berlapang dada
[ tasamuh ] dan menolak kekerasan hatta terhadap mereka yg melakukan
kekerasan terhadap penganut kristian, menganjurkan kehidupan zuhud dgn
mengenepikan kepentingan jasmani termasok biologist (perkahwinan) dan kebendaan. Tidak terdapat dalam
kitab-kitab Injil ajaran-ajaran tentang pembinaan ilmu dan tamadun,
peraturan yg berkaitan dgn politik, sosial dan sebagainya.
Ini
dia bentuk ajaran kristian yg disebarkan di kalangan masyarakat Eropah
sejak diisyhtiharkan sebagai agama rasmi negara oleh maharaja Rom,
Constantine dalam tahun 324 Masihi. Bertolak daripada ajaran di atas,
hubungan pihak berkuasa gereja dengan kerajaan dan masyarakat diasaskan kepad a
teori '' Dua Pedang '' [ teory of two sword ],
Sekular
dari perkataan Latin " saequlum " yg membawa makna '' masa sekarang '' dan
'' duniawi '', seperti yg disebut oleh Syed Muhammad An Naqib Al Attas:
'' The concept secular refers to the condition of the word at this
particular time or period or age'' [ Islam and Sucularism ] iaitu pedang kerohanian yg diwakili oleh kuasa gereja dan pedang keduniaan yg diwakili oleh kuasa pemerintahan awam.
Kemudia
berlaku perkembangan di mana institusi gereja melampaui peranan
hakikinya dgn turut merangkul dan meletakan di bawah cengkamannya kuasa
pemerintahan serta segenap aspek kehidupan awam.
Keadaan
ini lah yg berlaku disebabkan empayar Rom berpecah dan menjadi lemah. Bermula
dari sini, kehidupan masyarakat Eropah mengalami zaman kemunduran, jumud
serta penindasan oleh kaum gereja terhadap rakyat dan juga raja yang
dikenali dengan zaman kegelapan atau Dark Age.
Risalah
kerohanian yg sepatutnya menjadi keutamaan kaum gereja bertukar kepada
kerakusan mengumpulkan harta benda dgn mengenakan berbagai-bagai cukai
yg membebankan rakyat dan menjual sijil-sijil pengampunan. Dengan
kekayaan yang melimpah ruah, institusi gereja
telak bertukar menjadi pusat keruntuhan akhlak, setanding dgn
pusat-pusat yg bersifat keduniaan, bahkan kadang-kadang mengatasinya
dalam melakukan persundalam dan maksiat.'' [ An Nadawi, Maza Khasira Al
A'lam ]
Menurut
gambaran rahib Jarum: '' Kehidupan para paderi kemewahan mereka
mengalahkan kemewahan yang dinikmati para raja dan golongan hartawan.
Akhlak golongan pope telah rosak dgn begitu teruk sekali. Kerakusan
dan ketamakan kepada harta menguasai diri mereka, hingga ke peringkat
menjadikan pangkat dan jawatan dalam institusi gereja seperti barangan
jual beli. Mereka
menjual tanah syurga dgn menggalakkan orang ramai membeli kad serta
sijil pengampunan yg boleh menghapuskan dosa pada masa dan akan
datang...'' [ Con-flict of Religion and Science ]
Lebih
malang lagi, khususnya dalam kontek perkembangan ilmu pengetahuan,
penyelidikan ilmiah serta kebebasan berfikir, apabila kaum gereja telah
menyeludupkan ke dalam kitab-kitab agama mereka pandangan-padangan
tetang alam tabi;i yang wujud pada masa itu
dan dijadikan sebagai akidah agama. Misalnya pendapat yg diketenggahkan
oleh Aristotle, seorang ahli falsafah Greek bahawa bumi adalah pusat
peredaran segala cakerawala, telah dijadikan pegang agama oleh kaum
gereja.
Namun
penemuan baru dalam didang astronomi yg dikemukakan oleh Nicolaus
Copernicus [ 1473-1543 ] menunjukkan bahawa bumi bukanlah paksi utama
pergerakan cekerawala, sebaliknya ia hanyalah satu daripada
cakerawala-cakerawala lain yg beredar berpaksikan matahari.
Maka
ekoran daripada perkembangan ini, kesahihan faktar sain dalam kitab
suci agama Kristian mula dicabar satu demi satu dgn setiap penemuan
baru dalam bidang sains, dan kewibawaan gereja juga turut sama
tercabar. Maka berlakulah pertentangan antara ahli fikir dan kaum
gereja.
Berasas
latar belakan ini juga, adalah penting diberi perhatian... Daripada
sejarah latar belakang kelahiran fahaman sekular serti yg dipaparkan itu
adalah nyata bahawa sekular tidak ada kena mengena dgn Islam,
seperti yg ditegaskan oleh Syed Muhammad An Naqib Al Attas: Islam
totally rejects any application to itself of the concepts secular, or
secularization, or secularism as they and belong and alien to it in
every respect and they belong.\, and are natural only to the
intellectual history of Western Christion religious experience and
conciousness. [ Islam and Secularism], adalah
penting diberi perhatian bahawa setiap istilah yg dipakai dalam
membicarakan tajuk ini, diberi makna yg tersendiri berlainan dari
maknanya menurut pergertian biasa. Umpama apabila kita mengatakan: Agama
dipisahkan daripada politik. '' Maka '' agama '' di sini merujuk kepada
Kristian (اعتقاد النصارا) sahaja.
Malah
perkataan '' Kristian '' itu sendiri bukanlah bermakna ajaran-ajaran yg
terdapat dalam kitab-kitab Injil, tetapi ia lebih kepada
fikiran-fikiran dan pandangan kaum gereja yang jumud serta
peraturan-peraturan dan kepercayaan yg direka oleh mereka dgn
tujuan untuk menguasai manusia yg diberi pakaian I'ttiqad (عتقااد - yakin qalbu) [ Kristian ].''
Jadi dalam kontek ini, apabila dikatakan; '' Pertentangan antara agama
dan sains'', ia bermakna: '' Pertentangan antara kaum gereja dgn segala
ajaran yg direka oleh mereka dan sains.''
Seperkara
lagi yg perlu diberi perhatian dalam kita membicarakan tajuk sekular
ini ialah: Dari aspek kemanusiaan, proses sekularisasi yg berlaku dalam
masyaralkat Barat-Kristian adalah satu keperluan bagi menyelamatkan
manusia di Barat dari kesengsaraan, penindasan dan berterusan berada
dalam zaman kegelapan [ Dark Age ].
Dari
segi Dakwah Islamiyah pula, umat Islam lebih selamat dan lebih bebas
mengamalkan ajaran Islam, malah menyebarkan Dakwah i'ttiqad Islamiyah di kalangan
masyarakat Eropah ketika berada di bawah pemerintahan sekular setelah
fahaman Salibiah yg diamalkan oleh kaum
gereja dapat disisihkan. Telah disebutkan sebelum ini bahawa pada zaman
kekuasaan gereja, perbezaan agama tidak dibenarkan sama sekali, malah
perbezaan mazhab juga dilarang.
Setelah
seluruh kerajaan Islam Andalusia jatuh ke tangan tentera Salib dgn
penyerahan Granada, negeri Islam terakhir oleh Sultan Abu Abdullah
kepada pasangan raja Kristian Ferdinand dan Isabela pada 2hb januari
1492, bermulalah gerakan penghapuskan Islam dari bumi Andalusia.
Pihak
gereja tidak membenarkan sama sekali I'ttiqad yg lain selain daripada
Katolik berada di bumi Sepanyol. Orang-org Islam yg enggan keluar dari
Sepanyol dipaksa menganut I'ttiqad Kristian (النصارا) Yang enggan bertukar I'ttiqad
dibunuh dgn cara yg amat kejam iaitu dibakar hidup-hidup.
Pihak
pemerintah menubuhkan Mahkamah Penyiasatan [ Inqisition ] bagi memburu
mereka yg berpura-pura menganut I'ttiqad Kristian tetapi mengamalkan Islam secara
sulit. Pemburuan dan penyembelihan terhadap umat Islam ini beterusan
hingga lebih dua abad lamanya. Kalau kita perhaluskan sejarah sekular
ini kita menintiskan air mata.....
Menurut
Dr.Ahmad Syalbi, dianggarkan lebih dari 300,000 orang telah dijatuhkan
hukuman bakar oleh Mahkamah ini semenjak penubuhannya di Sepanyol [ Al
Masihiyah ].
I'ttiqad Islam
hanya dapat bertapak semula selepas lima abad kemudian, setelah gereja
dipisahkan dari kuasa awam dan tertubuhnya kerajaan sekular yg
mengamalkan demokrasi di Sepanyol dalam tahun 1975.
Kembali
kepada perjuangan UMNO , adalah jelas seperti yg termaktub dalam
Fasar 3, Ceraian 3.3 menyatakan bahawa tujuan penubuhan UMNO sebagai
sebuah parti politik ialah untuk: '' Menengak, mempertahan dan
mengembangkan I'ttiqad Islam (لا : اله : لله - اعتقاد الإسلام), Agama Tauhid (رب : احد : صمد - الدين) rasmi negara, sekarang
ditukar Agama Tauhid (الدين) dan I'ttiqad (الإسلام) persekutuan, serta menghormati prinsip kebebasan
beragama,'' Sedangkan sekular seperti yg diketahui adalah perjuangan
membebaskan diri dari agama.
Pada
hakikatnya, berasaskan faktar sejarah. UMNO lah yg mempelopori
perjuangan menentang sekularisasi di tanahair kita. Maknanya apa yg
katakan oleh golongan Syaitan bisu meleset sama sekali.
Rancangan
Malaysia Union yang cuba dipaksakan oleh British ke atas Tanah Melayu,
selain daripada ianya merupakan suatu bentuk penjajahan, ia juga adalah
satu perancangan mensekularkan negara ini, kerana dalam rancangan Malaya
Union seluruh kuasa negeri-negeri Melayu diletakkan dalam kuasa
kerajaan Britain, yg tinggal pada orang Melayu hanyalah '' hal ehwal
agama''. Agama '' menurut pengertian British ialah urusan ibadat dan
kekeluarga sahaja. Dengan Kuasa Allah, Orang-orang
Melayu pada ketika itu, yg kemudiannya bersatu di bawah naugan UMNO ,
menyedari bahawa rancangan ini bercanggah dgn ajaran I'ttiqad Islam, kerana
mereka memahami bahawa I'ttiqad Islam (الاءسلام) itu saling mewajibkan Agama Tauhid (الدين) dan kedaulatan, ibadat
dan pemerintahan.
Lalu
UMNO ditubuhkan untuk menjadi wadah bagi perjuangan umat menentang
Malaya Union dan menegakkan kedaualatan I'ttiqad Islam dgn membebaskan
tanahair dari cengkaman penjajah British. Bukan Parti PAS. malah PAS bertindak sebaliknya kerana merasakan lebih Islam tanpa menyedari bahawa PAS telah diresapi oleh I'ttiqad Yahudi (اليهود) & Syiah (الشعاءيه) - Non Muslim.
Memandangkan
hakikat inilah , maka penubuhan UMNO mendapat sokongan padu daripada
para ULAMA' yg benar pada ketika itu. Beberapa wakil dan pemerhati ke Kongres
Melayu 1946 yang melahirkan UMNO terdiri daripada kalangan ulama;
Antara mereka sekadar menyebutkan beberapa nama ialah:
1. Haji Husin CikDol [ Kesatuan Melayu Kedah ]
2. Haji Fadhullah Suhaimi [ Persatuan Persetiaan Melayu Kelantan ]
3. Sheikh Ahmad Sheikh Mustafa [ Persekutuan Melayu Negeri Sembilan ]
4. Haji Ismail Hamza- Mufti Perak [ Perikatan Melayu Perak ]
5. Sheikh Hamzah Mu'ti [ Persatuan Melayu Perak ]
6. Haji Mohd Nur Bakri [ Pembantu Indonesia Merdeka Se Melayu ]
Pada
28hb Mei,1946, satu perhimpunan terbesar orang-orang Melayu diadakan di
Kuala Kangsar, Perak bagi menyatakan bantahan terhadap racangan Malaya
Union. Perhimpunan ini dilahadiri oleh Raja-raja Melayu, Dato'Onn dan
para pemimpin UMNO, dua orang Ahli Parlimen British, iaitu Kapten
Gammans dan Lt. Col. Rees Williams, serta rakyat jelata dari seluruh
pelusuk negeri Perak.
Dalam
perhimpunan ini, Mufti Perak, Haji Ismail Hamzah telah membaca
perisytiharan membantah Malaya Union. Antara isi kandungan perisytiharan
itu tersebut berbunyi: '' Kami pohon menyatakan bahawa bagi membawa
perkara ini di dalam lingkungan undang-undang
kekuasaan negeri-negeri asing [ Foreign Juris-diction Act of 1890 ] itu
adalah suatu langkah yg bertujuan melenyapkan kami dari alam politik.
Kami telah oun dan masih mendakwa adalah kami berpemerintahan
Sultan-sultan Islam Melayu yang merdeka '' [ Ibrahim Mahmood, Sejarah
perjuangan Bangsa Melayu ]
Adalah
jelas daripada petikan perisytiharan di atas, bahawa perjuangan UMNO
ialah untuk mempertahankan kedaulatan Islam yang cuba disekularkan oleh
British melalui rancangan Malaya Union. Cuma istilah sekular ini belum
lagi dikenali di kalangan orang-orang Melayu pada waktu itu.
Dengan
ini, nyatalah bahawa UMNO adalah pelopor dalam perjuangan menentang
fahaman sekular di negara kita. Maka pendapat saya sesiapa menentan UMNO
adalah haram @ dilarang hukumnya mengikut dalil-dali nas-nas dan sejarah ini.
///